Kill Me Heal Me

                                       
  Image result for kill me heal me poster


ASSALAMUALAIKUM

Harini Shaa nak review tentang cerita korea. Memang fav sangat dengan cerita korea. So ni antara cerita yang Shaa baru habis tengok. Biasalah as a student, Shaa tak boleh nak meluangkan banyak masa dengan laptop and Kdrama je. Shaa kena la study jugak kan (konon) :P Lagipun homework bertimbun. Takde masa nak ngadap Kdrama 24 jam >< Tengok pun terhenti2. Kejap sambung kejap berhenti. Hahaha ^^ Sebab tu baru habis tengok. Dah tengok cerita ni lama dah. Baru habis tengok ni. Cerita ni seriously sedihhhh!! T.T (nangis) Korang mesti kena tengok jugak. Best sangat! Shaa cerita sikit la. hehehe. Lelaki tu yang baju kuning dalam poster tu Nama dia Cha Do Hyun. Dia ada sakit Dissociative Identity Disorder (DID). Ada banyak personalities. Paling Shaa suka watak Shin Se Gi <3 Handsome sangattt!! Korang kena tengok jugak tau. Yang part paling sedih masa personalities dia nak pergi. Maksudnya sakitnya dah nak pulih la. Sedih part tuuu T.T Apa2 pun kalau nak tahu lebih lanjut layanla cerita ni. Awesomee! Sesiapa yang dah pernah layan tu share la pendapat korang kat comment ;) Itu sahaja pada harini. Selamat menonton kepada yang belum :D


Image result for kill me heal me shin se gi gif
Shin Se Gi handsomee 



Tutorial cursor





Image result for high school love on gif








  ASSALAMUALAIKUM


Hye guys! so today I'm gonna speak in English+Malay. Forgive me if my grammar hancus and broken english. I'm gonna make simple tutorial. This tutorial about cursor. You guys mesti nak tau how to have a beautiful cursor like me right? Very simple.


Follow the step :



1) first step open link macam gambar dibawah




2) pilih categories yang korang nak 




3) And then pilih cursor yang korang suka dan tekan dekat gamba cursor tu. lepastu scroll down dan copy html




4) paste dekat html korang dan save





okeyy itu saja untuk tutorial kali ini. selamat mencuba :)








Running man Challenge Malaysia





Assalamualaikum semua!
Haii!
Actually Shaa nak share something ni. Macam beria sikit kali ni sebab ada buat dekat Johor Bahru (sesi pemilihan) Hahaha. Yeayy! Game yang tak asing lagi bagi remaja2 zaman sekarang yang meminati korea. Running man Challenge! Korang pernah dengar tak? Macam best je diorang punya promo tu. Yang bestnya korang boleh jumpa artis jugak tau. Artis yang akan join running man challenge ni adalah Saharul Ridzwan, Ajak Shiro, Ayda Jebat dan Hairul Azreen! Korang tau tak siapa yang anjurkan program ni? Confirm2 la 100Plus! Shaa bersyukur sangat rasanya bila dapat tau ada anjuran game yang Shaa minat sangat2 ni. Yang buat Shaa paling tak sabar sekali... Nak tau tak apa? 
Lee Kwang Soo datang uolls! Dah la memang minat sangat2 dekat dia. Nak pergi sangat >< kalau korang nak dapatkan autograf dan sesi bergambar dengan Lee Kwang Soo, Korang kena buat 1 video yang ada 4 perisa air 100Plus, korang kena buat senaman sikit dan terangkan kenapa nak sangat runningman challenge ni. And then, korang post dekat laman sosial korang. Video korang akan diundi oleh rakan laman sosial korang. Peraduan ni habis pada 24 Oktober 2016 tau. So apa tunggu lagi? Jomm! Shaa pun tengah usaha ni. Nak juma Kwang Soo >< Good luck guys!



Happy Birthday Wahidah!



Norwahidah

Assalamualaikum everyone. Harini hari special bagi my bestfriend. My delight friend. Today wahidah's turn 16 years old. Happy birthday to you Wahidahh! I call her wahidun or dun or dunya. Hahaha. As I said before, Delight has many names of friends. So, Happy birthday to you again sis. Semoga panjang umur, murah rezeki, always comel, pretty, sempoi, gempak, gila2 and good luck on your life. Thank you always teman I jalan kaki pergi sekolah. Huhu. Actually, rumah I dengan dia dekat. Sekolah pun depan rumah. So kiteorang jalan kaki sesama. Huhu. Thank you for being my friend sis. Sorry for the late wishes. Saja nak jadi orang last wish :P Ok Wahidah. Take care. Bye.

Amalan Buat Muslimah Yang Haid Pada Bulan Ramadhan


Assalamualaikum kepada semua pembaca. Harini agak free untuk menulis blog sebab tak ada homework :P Huhu. So, harini nak share sikit ilmu dekat korang semua. Selepas dengar sedikit pencerahan daripada Cikgu Anissa, rasa macam nak share je perkara baik ni. Apa salahnya kan? Kali ni mungkin Shaa akan menulis blog yang agak panjang untuk berkongsi tentang Amalan buat muslimah yang haid pada bulan Ramadhan.

Bagi wanita yang kedatangan haid pada bulan Ramadhan, jangan risau. Kita masih berpeluang untuk merebut pahala di bulan yang penuh berkat ini. Jadi apakah amalan yang boleh meningkatkan pahala kita semasa haid?

Bagi wanita yang haid selalunya tak tahu nak buat apa kan? mesti bosan je. So untuk kita meningkatkan pahala kita boleh membaca atau mendengar ayat al-Quran tanpa memegang mushaf al-Quran. Alangkan membaca satu huruf ayat al-Quran di bulan biasa Allah menggandakan 10 kali ganda pahala, apatah lagi di bulan Ramadhan. Tapi cikgu tak galakkan sangat untuk kita membaca ayat al-Quran kerana ada syaratnya juga untuk membaca.

Selain itu, kita boleh juga membaca hadith-hadith Nabi. Daripada kita duk terperap dalam bilik, buat benda yang sia-sia lebih baik kita meningkatkan amalan kita kan? Mana tahu ini Ramadhan yang terakhir untuk kita. Siapa tahu kan? Bulan syaitan diikat ni lah kita kena rebut peluang. Bak kata cikgu Anissa, kalau sudah tiada syaitan sepatutnya kita menjadi sebaik-baik umat. Jadi marilah kita rebut peluang ini!

Seterusnya, kita juga boleh berzikir seperti tasbih, tahmid, tahlil dan sebagainya. Perkara ini sememangnya mudah untuk dilakukan. Sedang kita membuat kerja rumah, kerja sekolah atau sebagainya, kita boleh sertakan dengan berzikir. Kalau bukak laptop tu boleh lah open youtube dan search surah-surah atau zikrullah. Kadang-kadang kita ni bukak youtube terus dengar lagu yang boleh melaghakan hati kita. Shaa tak cakap sape2. Shaa pun macam tu jugak. Cukup-cukup lah kita melaghakan diri kita pada bulan lain. Pada bulan mulia ni cuba-cuba lah bukak perkara yang boleh meningkatkan iman kita :)

Kita juga boleh berdoa kepada Allah. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah tak pernah sisihkan hambaNya walaupun dalam keadaan haid. Doa kita tetap diangkat. In Shaa Allah. Jadi rajin-rajinkan diri kita untuk berdoa kepada Allah. Dan yang paling penting jangan pernah putus asa berdoa kepada Allah. Kadang-kadang Allah sahaja tak mahu memberikan apa yang kita minta kerana Allah mahu mendengar hambaNya merintih kepadaNya. Yakinlah ada hikmahnya. Bersangka baiklah dengan Allah kerana Allah itu Maha Adil :)

Kita juga perlulah menjaga lidah daripada dosa. Memang tidak dinafikan wanita mempunyai lidah yang tajam. Lidah lagi tajam daripada mata pedang. Apabila kita banyak bercakap tandanya banyak dosa. Kerana pasti dalam bercakap akan berkatakan tentang orang. Walaupun perkara baik yang kita cerita, tetapi jika orang itu tidak menyukainya maka itu dikira mengumpat. Sebagai contoh, orang itu suka sangat bersedekah tetapi dia tidak suka dihebohkan perkara baik yang dilakukannya. Jika ada orang berkata tentang kebaikannya, maka itulah mengumpat. Maka jagalah lidah kita daripada berbuat dosa. Diam itu lebih baik :)

selain itu, kita juga boleh membaca buku-buku agama. Dalam masa kita bosan-bosan tu, bolehlah baca buku agama sebagai contoh, Henshin, Tarbiah sentap dan sebagainya. Ada banyak lagi buku-buku agama yang bagus-bagus. Apabila kita membaca, kita dapat memperoleh ilmu pengetahuan agama dan boleh berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain. Apabila kita berkongsi dengan orang ramai, dan orang itu mengamalkannya, kita turut mendapat pahala kerana telah berkongsi ilmu bersamanya. Oleh itu, amalan berkongsi patut diterapkan bagi meningkatkan lagi ilmu.

Kita juga boleh berselawat ke atas Nabi. Perkara ini teramat mudah. Dalam masa kita berjalan nak pergi ke sekolah, bazaar atau sebagainya apa salahnya kita berselawat ke atas Nabi. Antara kelebihan berselawat ke atas Nabi ialah Nabi akan memberi syafaat di Akhirat. Jadi rebutlah peluang yang ada. :)

Seterusnya, kita juga boleh menulis di emel, blog, laman sosial untuk mengajak manusia kembali beragama. Jadi perkara inilah yang Shaa sedang lakukan. Apa salahnya untuk berkongsi perkara baik kepada semua orang supaya semua orang tahu yang wanita haid juga ada amalan yang boleh dilakukan. Jadi kita boleh sama-sama berkongsi perkara yang baik ini kepada semua orang. :)

Perkara ini tersangatlah mudah iaitu sediakan juadah bersahur dan berbuka puasa walaupun kita tidak berpuasa. Pahala menyediakan juadah bersahur dan berbuka puasa adalah sangat besar. Jadi kita haruslah melakukannya dengan seikhlas hati. Jangan pulak rasa marah kena bangun pagi-pagi untuk masakkan makanan sahur mak dan keluarga. Huhu. 

Akhir sekali ialah sebar luas ucapan salam. Tidak kira kita dimana sahaja kita haruslah memberi salam. Jika kita memberi salam kepada orang lain, kita telah mendoakan mereka dan dalam masa yang sama orang mendoakan kita. Jadi amalan kita akan meningkat. Jika kita di sekolah berilah salam kepada guru, rakan malah makcik, pakcik tukang kebun pun kita perlulah memberi salam. Agar terjaga keberkatan di bulan mulia  ini. :)

Semua amalan-amalan di atas mempunyai nilai ganjaran pahala di sisi Allah Ta'ala, In Shaa Allah :) Rebutlah keberkatan Ramadhan dengan mengisinya dengan amalan-amalan soleh. Walaupun kita haid, tidak boleh solat dan berpuasa, namun peluang beribadah tetap ada. :)

Sekian sahaja daripada Shaa. Terima kasih kerana membaca. :)

Nak jadi youtuber ~




Assalamualaikum guys. Pejam celik pejam celik esok dah naik sekolah. Percaya ke tak kena datang sekolah jugak. Perasaan bercampur baur ni. haha >,< Excited ada, malas ada,takutt ada. Aduu. Yang takutnya tu nak menghadap cikgu dengan kerja rumah tak berapa siap, result teruk. Haih. Ok dah stop sini. Hahaha >< Taknak cite pasal sekolah. Sebenarnya nak cerita pasal youtube ni. Cehh. Hahaha. Sebenarnya kann. Shaa pasang cita-cita nak jadi youtuber ni. Haha. Macam best pulak vlog ni. Mungkin sebab dah bosan asyik menulis je kat blog. Nak ubah angin pulak. Huhu. Nak rajin bercakap pulak. *Padahal pemalu tau. :P Serious rasa macam nak jadi youtuber. Hmm. In Shaa Allah cita-cita tu tercapai masa raya ni. ecehh. Haha >< Please support sis :P Sis takut >< Haha. Kita tengok ah cemana. Doakan sis kuat. hahaha >< Jk jk :P Oklaa. Sampai sini sahaja cerita merepek shaa ni. Banyak lagi kerja rumah ni. Bye guys :D


Ramadan Mubarak



Assalamualaikum everyone! Its been a long day not writing. Haha >< So ada kesempatan ni nak ucapkan Happy Ramadan Mubarak to all muslims. So how your fasting day? So far im good. Dah hari ketiga pun cuaca masih redup. Tidak hujan tidak panas. Ramadan tahun ni kena pada hari cuti. Makin malas pulak >< 2 weeks of holiday. First week i don't know what im doing >.< The last week of holiday baru kelam kabut nak buat homework >< After the exam week, rasa malas nak buat homework. Yelaa time exam mana ada homework. Haha. Apa-apa pun walau cuti tetap puasa okk. Jangan ponteng pulak. Hahaha >< Gurau-gurau. :P
Thats all from me~

Popular Posts