Teman Lelaki - Part 3

Julai 05, 2019

credit to Amanda Leigh

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم

Haiii semuaaa!! Lamanya tak bertemu. Sudah lama tak jumpa rindu rasa hatii~~ Okay tu lagu. hahaha hambarrrr. Harini rasa nak cerita cerpen-cerpen berdasarkan kisah sebenar. Suka bercerita tapi malas menaip. Boleh gitu? Hahaha >.< Okay harini nak sambung cerita Teman Lelaki Part 3. Wowww excited tak excited tak? hahahahahahaha. Okay sediakan popcorn and air manis nak layan wayang ni huhu.

Ceritanya bermula~~~
Sedih Hana tidak terungkap lagi.
Didalam selimut dia mengalirkan air mata kesedihannya apabila melihat gambar yang terpampang di ruangan media sosial Hazwan.
Gambar yang baru dimuat naik di laman sosial Hazwan ini benar-benar memberi kesan yang mendalam di hati Hana.
Hana seakan-akan hilang segalanya setelah melihat gambar Hazwan bersama dengan perempuan lain.
Siapapun perempuan itu, semestinya menyakitkan hati Hana.
Hana tidak mampu untuk menahannya dan bertekad untuk melepaskan Hazwan pergi dari hidup Hana.
Hana ingin melupakan dia dan tidak mahu lagi ada apa-apa kaitan dengan Hazwan walaupun sebagai kawan biasa.
Hana menangis hingga tersedu menahan sebaknya hati.
Tangisannya didengari oleh seorang kawannya yang masih belum tidur di biliknya.
Kawan Hana hanya mampu memberikan kata-kata semangat buat Hana dan menenangkan Hana dengan satu pelukan erat sewaktu Hana menangis.
Pelukan itu membuatkan Hana lagi berasa hiba dan menangis dengan tangisan yang kuat kerana tidak mampu menahan sedih itu.
Setelah seminggu berlalu, Hana telah mula untuk melupakan Hazwan dengan memadam gambar Hazwan tetapi...
Dalam diam Hana masih menunggu mesej daripada si Hazwan. 
Hana berharap moga ada ucapan diberikan kepadanya untuk peperiksaan sem 1 yang akan tiba tidak lama lagi.
Ternyata Hazwan masih tidak melembutkan hatinya untuk Hana.
Hana bersangka bahawa Hazwan cuma ingin permainkannya.
Lalu Hana merelakan pemergian Hazwan. Hana mula 'moveon' sedikit demi sedikit.
Hana ingin melupakan segala-galanya. Hana begitu kecewa dengan layanan Hazwan terhadapnya hinggakan dia sanggup untuk padam semua gambar yang menjadi kenangan bersama Hazwan.
Hari ini Hana bersiap awal untuk pergi ke sekolah.
Hana menggayakan baju kurungnya yang berwarna biru kundang bersama tudung berwarna hitam.
Hari ini merupakan hari pertama Hana menjalani peperiksaannya.
Masih tiada mesej muncul di skrin telefon pintarnya.
Hari telah pun senja
Hana mengulang kaji pelajaran dengan hati yang tidak tenang. 
Masih mengharapkan adanya berita dari si dia, Hazwan.
Masih senyap.
Tiba keesokkan harinya, hari kedua Hana menjalani peperiksaan.
Hana menjawab peperiksaan dengan keadaan tidak tenang. Masih memikirkan tentang Hazwan.
Sukar untuk Hana 'moveon' daripada Hazwan memandangkan Hana sudah lama ada hati dengan si Hazwan
Malam itu, Hana mengulang kaji pelajaran untuk subjek terakhir.
Tiba-tiba bunyi telefon pintarnya mengalih tumpuannya yang sedang mengulang kaji pelajaran.
Satu 'notification' terpampang pada skrin telefon pintarnya.
Satu nama iaitu Hazwan.
Hana dengan penuh rasa teruja ingin melihat apakah mesej yang dihantar oleh Hazwan.
Hati Hana berbunga-bunga walaupun belum lagi melihat apa isi daripada mesej tersebut.
Namun, ego Hana mengatasi segalanya. Hana melambat-lambatkan dirinya untuk membalas mesej daripada Hazwan.
Setelah lebih kurang sejam Hana membiarkan mesej itu tanpa dibuka, lalu Hana melembutkan hatinya untuk membuka mesej itu.
Ternyata mesej itu merupakan ucapan daripada Hazwan yang mengucapkan goodluck untuk exam ini dan Hazwan meminta maaf kepada Hana atas segala kesalahannya.
Ringkas ucapan balas daripada Hana. Terima kasih. Maaf aku sedang moveon.
Mesej diantara mereka terhenti setakat itu.
Setelah beberapa minggu mereka tidak menanya khabar di dalam mesej, Hana menerima satu pesanan ringkas daripada Hazwan. Hazwan mengatakan tidak terlambat kan kalau aku jujur sekarang? Btw sorry internet takde. Hana pelik. Kebiasaannya dia mesej melalui aplikasi Whatsapp. Tetapi kali ini melalui mesej pesanan ringkas. Hana tertanya-tanya apakah yang ingin diberitahu oleh Hazwan?
Rupanya Hazwan menyesali semua perbuatannya terhadap Hana. Hazwan mengakui dirinya ego. Hazwan sebenarnya telah lama menyimpan perasaan terhadap Hana. Cuma dia yang takut untuk berterus terang.
Pada mulanya sukar untuk Hana menerima segalanya. Tetapi Hana masih lagi menyayangi Hazwan dan memberi peluang kedua kepada Hazwan.
Hazwan berjanji tidak akan mensia-siakan peluang kedua yang diberikan kepadanya.

Bersambung...

Sambungan will be post veryyyyy soon!
Stay tuned guys!
hehehe







You Might Also Like

0 ulasan

Instagram