Teman Lelaki - Last Part

Julai 05, 2019

credit to Amanda Leigh

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم

Okayyy sape yang excited untuk sambungan Teman Lelaki Part 4 hahahaha >.< Okay dah ready semuaa?? Good! Apebende Shaa merepek lagi niii hahahah tau merepek je ek?  >.< Ek ek tu orang Johor kann hahaha

Pada mulanya Hana takut untuk mempercayai Hazwan kerana kesalahan Hazwan yang lalu masih terkesan di dalam hati Hana. Tetapi lama kelamaan Hazwan menunjukkan kesungguhan yang tiada henti kepada Hana, lalu Hana kembali percaya bahawa Hazwan benar-benar menyesali kesalahannya. Hana kini kembali ceria dan kawan-kawannya turut menumpang bahagia setelah kawannya yang selalu bersedih telah kembali dengan senyum ria. Kawan-kawan Hana yang bersangka buruk terhadap Hazwan turut menarik balik apa yang diperkatakannya untuk Hazwan. Ternyata Hazwan bersalah dan kini telah sedar. Ada sebab juga mengapa Hazwan berkelakuan begitu. Hazwan tidak mahu dirinya disakiti lagi oleh kerana dia telah serik dengan cinta pertamanya. Hazwan tidak mahu terluka lagi, oleh itu, Hazwan amat memerlukan masa untuk sembuh daripada kisah silam itu. Allah menyusun cantik perjalanan hidup kita dan menggantikan mendung yang kelabu dengan pelangi yang menyinari hari. Hazwan dan Hana kini telah menjalani hari-hari dengan gembira. Masing-masing mesej bertanyakan khabar. Mereka tidak pernah berjumpa secara depan-depan walaupun telah lebih 2 tahun berkenalan. Mereka hanya berhubung melalui aplikasi Whatsapp dengan menelefon ataupun membuat panggilan video bersama. Lalu pada suatu hari, Hazwan menjual chocojar untuk mendapatkan duit sampingan sementara melanjutkan pelajarannya di universiti. Hana dan kawan-kawannya telah memesan 3 botol chocojar kepada Hazwan. Pada hari Hazwan ingin menghantarkan chocojar itu kepada Hana yang berada di asrama, Hana berasa sungguh berdebar-debar oleh kerana ini merupakan pertemuan pertamanya dengan Hazwan. Tiba-tiba telefon pintar Hana berdering dan membuatkan Hana semakin berdebar untuk mengangkat panggilan yang tertera nama Hazwan. Hazwan menyatakan bahawa dia sudah sampai di depan asrama Hana. Hana dengan perasaan malu turun ke hadapan asrama dengan membawa wang untuk dibayar kepada Hazwan. Kawan-kawan Hana mengintai dari balkoni atas asrama untuk melihat reaksi mereka. Masing-masing malu dan Hana mengambil chocojar itu lalu naik ke tingkat atas asrama. Tidak berbual apa. Situasi yang awkward. Hanya rasa malu yang menjadikan muka Hana merah padam. Itulah pertemuan pertama mereka. Tiada apa yang boleh digambarkan ketika itu. Setelah beberapa hari, sekolah Hana mengadakan satu program yang menerangkan cara masuk ke universiti selepas tamat persekolahan yang diadakan di sebuah pasaraya. Mereka bertemu buat kali kedua di pasaraya itu. Pertemuan kali kedua masih lagi membuatkan kedua-dua pasangan ini malu. Tetapi masih boleh berbual dan kali ini terdapat gambar sebagai kenangan yang diambil oleh kawan Hana. Pertemuan itu tidak begitu lama kerana Hana perlu balik semula kesekolah pada masa yang ditetapkan. Hazwan sempat membelikan makanan untuk diberikan kepada Hana iaitu Takoyaki. Takoyaki merupakan makanan kegemaran Hana. Hana berasa sungguh gembira dengan pertemuan keduanya. Hari berlalu dengan begitu cepat tanpa perasan yang mereka telah masuk pertemuan ketiga pada hari itu. Pertemuan ketiga merupakan pertemuan yang dirancangkan last minute. Hazwan mengajak Hana menonton cerita di wayang. Hana pergi ke pasaraya itu bersama kawannya manakala Hazwan menunggang motosikal. Masa itu tidak dilepaskan dengan sia-sia. Walaupun masing awkward untuk berbual, tetapi Hazwan masih ingin berbual dan menghabiskan masa dengan betul. Berapa bulan seterusnya, pertemuan keempat mereka di pasaraya yang sama tetapi kawan yang berbeza. Hazwan dan Hana jarang bertemu disebabkan oleh Hazwan yang belajar di Selangor, manakala Hana di Johor. Mereka menjalinkan hubungan jarak jauh atau lebih dikenali long distance relationship (ldr). Sungguh berat untuk menanggung rindu antara Hazwan dan Hana. Pertemuan keempat Hana sudah mula ingin berbual dengan Hazwan, mengambil gambar sebagai kenangan dan merakam moment-moment itu. Akhir sekali setelah bermacam dugaan yang mereka berdua tempoh, Hazwan berjaya menunaikan janjinya terhadap Hana iaitu pergi ke rumah Hana untuk berjumpa dengan family Hana pada hari raya. Hana berasa sungguh bahagia apabila Hazwan menunjukkan bahawa dia benar-benar mahu serius dengan Hana. Family Hana kelihatan baik semasa menemui Hazwan. Hazwan berharap hubungan mereka direstui oleh kedua-dua belah keluarga. Hazwan dan Hana berserah segalanya kepada Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Hazwan dan Hana sentiasa mendoakan hubungan mereka berkekalan sehingga dapat disatukan suatu hari nanti.

~~Tamat~~

Semoga korang semua suka baca cerpen-cerpen daripada Shaa ni yaa. Huhuhu >.<
Btw, cerita ni based on true storyy. So korang yang baca cerpen ni doakan yang baik-baik untuk mereka yaa. <3

You Might Also Like

2 ulasan

Instagram