Teman Lelaki- Part 2

Oktober 27, 2018

Related image

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


السلام عليكم


Lama dah tak tulis cerpen kan? Haaa rini Shaa ada banyak cerpen. So Shaa akan ceritakan dekat korang semua. Cerita ni mengisahkan tentang seorang wanita yang berharap kepada seorang lelaki walaupun beberapa tahun perkenalan, dia masih menunggu lelaki itu. Stay tuned! 

Disuatu pagi, burung-burung berkicauan seiring mentari yang menyinari hari. Hana Dhia atau nama manisnya Hana membuka jendela kamarnya lalu mentari memancar tepat ke arah wajahnya. Mentari pagi yang seolah-olah membawa semangat baru untuk Hana. Hana yang merupakan anak bongsu daripada 4 adik beradik yang tidak begitu manja dan berperwatakan agak ganas menjadikannya sukar didekati oleh orang lain. Namun begitu, sikapnya yang suka menolong menarik hati rakannya Wana dan Auni untuk menjadi rapat dengannya. Semua cerita mengenainya sudah melekat di kepala rakannya. Mana tidaknya, Hazwan, "teman tapi mesranya" itu seringkali menjadi topik utama dapat perbualan Hana. Namun begitu, rakannya tidak kisah jika Hana ingin berkongsi ceritanya dengan mereka kerana itulah bukti nilai persahabatan mereka. Hana telah lama mengenali Hazwan sejak daripada zaman persekolahan lagi. Mereka tidak belajar di sekolah yang sama dan hanya mengenali melalui Whatsapp. Hazwan yang selalu menjadikan mood Hana kelaut kerana sifatnya yang suka menyakat Hana. Lama-kelamaan, Hana tertarik dengan Hazwan dan memendam perasaannya dalam diam. Setelah beberapa tahun mengenali, Hana meluahkan perasaannya kepada Hazwan. Hazwan hanya mengendahkan dan berbuat seperti biasa sahaja. Lama-kelamaan, Hana merasakan yang dia tidak sepatutnya menunggu Hazwan yang tiada minat untuk menyatakan perasaan yang sama sepertinya. Lalu semasa Hana ingin mencuba melupakan Hazwan, Hazwan kembali memunculkan dirinya dan menyatakan perasaan yang dirasainya terhadap Hana. Ternyata Hazwan turut merasai perasaan yang sama terhadap Hana. Hati siapa yang tidak gembira apabila mendengar khabaran yang baik belaka. Hana seolah tidak mahu berhenti untuk terus tersenyum dan hari-hari bahagianya telah semakin menjelma apabila sekian lama melarikan diri. Namun begitu, Hana merasakan dirinya tidak punyai tempat di hati Hazwan apabila seringkali Hana yang akan memulakan perbualannya di Whatsapp mahupun aplikasi yang lain. Hana juga yang akan menanyakan bagaimana hari-harinya berlalu. Seperti Hana sahaja yang beria untuk mendekati Hazwan. Sepertinya Hana bertepuk sebelah tangan. Apakah motif Hazwan untuk meluahkan perasaannya terhadap Hana? Adakah Hana mahu dipermainkan oleh Hazwan? Ataupun Hazwan sudah menemui seorang wanita yang lebih baik dan menepati citarasanya? Berbagai-bagai persoalan yang muncul dalam kotak fikirannya. Hana hanya berharap yang Hazwan juga memahaminya, memberi perhatian kepadanya. Hana tidak mahukan 24jam Hazwan untuk selalu bersamanya. Namun adalah sedikit masa untuk bertanyakan khabar dan bagaimana hari yang Hana lalui. Hana merasakan dirinya kesepian walaupun Hazwan telah jujur kepadanya tentang perasaannya. Kata hati Hana terus berkata bahawa Hazwan mempunyai wanita lain yang dia mahu berikan perhatian. Kini, masanya tidak lagi untuk Hana. Semua masanya terisi dengan indah oleh seseorang yang dia lebih minati. Hana hanya mampu memendam rasa ini. Tidak mampu baginya untuk meluahkan rasa yang terpendam didalam hatinya. Hana hanya berusaha untuk menawan hati Hazwan dengan memulakan perbualannya terlebih dahulu. Hana melayani Hazwan seperti biasa dan tidak mengendahkan apa yang terdapat didalam fikirannya. Dhia menerusi hari-harinya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun hatinya retak seribu, dia berkorban dan terus berusaha demi Hazwan yang dia cintai. Hana hanya mampu berdoa kepada Ilahi agar Hazwan dilembutkan hati untuk menerimanya sepenuh hati. Hana masih berharap kepada Hazwan. Begitulah hari-harinya yang mendatang. Dengan harapan keajaiban akan menjelma. "Sehingga suatu hari aku penat untuk mencuba yang terbaik, aku akan berhenti. Berhenti melakukan yang terbaik untuk kau. Kerana aku tidak pernah rasa dihargai. Suatu hari aku akan berhenti. Aku penat". Begitulah coretannya didalam diari hariannya. "Tap" bunyi buku berkulit keras ditutup. Hana mengakhiri coretan didalam diarinya lalu terlena.

You Might Also Like

0 ulasan

Instagram