Ceritera Form 6~~

Mei 09, 2018

credit to Amanda Leigh

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم

Hai hai hai guys! Okeyy harini Shaa nak cerita tentang form 6. Masa first nak daftar tu takut la jugak. Yelaa sebab semua kawan2 pergi daftar kos sains sosial. Ni Shaa sorang je yang kena daftar kos sains. Terpisah kejap dengan kengkawan. Lepastu, berorientasi lah kita. Hari first bagi taklimat sikit untuk form 6. Lepastu buat group by bulan kelahiran. Time tu la berbual dengan kawan baru. Hari kedua hari paling ngantuk sedunia XD Sebabnya malam tu tido pukul 2 lebih disebabkan hal hal tertentu. Shaa dah masuk asrama masa tu. Yelakan rumah jauh dari sekolah tu. Takkan nak ulang alik. So terpaksala duduk asrama dengan kengkawan. Hari kedua tu cikgu2 Form 6 buat taklimat subjek2 yang ada di form 6. Memang duk tersengguk2 kat situ sebab ngantuk. Hari ketiga taklimat lagi. Hari keempat best sebab bincang pasal pertandingan tarian yang kena buat 7/5/2018. Cikgu kata kalau dapat tempat last kena denda. Misi kiteorang time tu, Tak mintak no1, taknak no last. So dalam group Shaa tu Shaa sorang je yang pernah berzapin sebelum ni. So Shaa la yang kena ajar diorang menari. Mula2 nak buat zapin dan tarin kipas. Tapi masa singkat je, so buatla zapin sahaja. Minimum 10 orang pulak tu. Group Shaa ramai chinese. So nak taknak kena jugak ajar chinese menari zapin. Nasib baikla diorang ni cepat catch up. So senang nak ajar step :D And then, ada sukaneka. Best! Kiteorang kena pegang 2 telur sebagai amanah. Dan akak abang upper 6 saja je nak pecahkan telur kiteorang. hahaha. Dan... tibalah hari yang dinanti2kan. Iaitu hari pertandingan bermula. Fuhh seram. Shaa yang kena ikatkan sampin sebab diorang semua first time zapin. Shaa jela yang ada pengalaman so Shaa kena tolong diorang. Dah habis pertandingan, pemenangnya akan diumumkan 8hb. Keesokkan harinya, pemenang diumumkan. Alhamdulillah misi kiteorang berjaya. Hahaha.Tak mintak no1 taknak no last. Kiteorang dapat no 5. Okla tu. Tak kena denda. Dah habis minggu orientasi yeayy!! Lepasni bertabahla untuk masuk class. belajar. Hoho  Doakan Shaa berjaya ya :) 


Antara gambar yang sempat diambil :D


sukaneka


main suap2 XD


isi air dalam botol guna span sambil pakai kain batik

hadiah tarian. Group MAWAR. Jangan tanya kenapa nama Mawar. Taktahuu hahaha



masa rehat hehe



zapin




You Might Also Like

10 ulasan

  1. Good luck Sha!!! ^^ kitaorang belum start lagi aktiviti lasak2,asyik taklimat ja memanjang haha rasanya minggu depan kot baru start beramah mesra dengan upper six then masa tu siaplah kena goreng dengan aktiviti outdoor.T^T haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thankyou Hana! Goodluck jugak! Untungla Hana minggu orientasi lama. Kiteorang disingkatkan. Hmm. Nanti share la aktiviti ye! ^^

      Padam
  2. goodluck kak sha! nampak macam seronok ja masuk form 6!! hehe~ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thankyou so much! Bolehla seronok jugak hehe ^^

      Padam
  3. Selamat maju jaya sis.

    Salam perkenalan dari Mai!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih :) Salam perkenalan juga ^^

      Padam
  4. rindunya dengan zaman form6 huwaaaa btw jemput join giveaway blog sha

    BalasPadam
  5. hai sha.. saya dulu pun ambik form6 tapi aliran sains sosial je. goodluck tau kos sains, struggle lebih sikit.by the way saya follow sini ye sebab nak tahu perkembangan sha yang seterusnya

    BalasPadam

Instagram