Panggilan Form 6
April 26, 2018
credit to Amanda Leigh
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم
Haii semuaa! Hehe. Entry yang pendek. Yeke pendek? Haha tengok le nanti ^^ Harini Shaa nak cerita tentang panggilan Form 6. Siapa dapat form 6 jugak angkat tangan!! Hehe. Okay kisahnya begini, kakak tanya Shaa dapat tak panggilan form 6. Shaa ni pun terpinga2 la tak tahu mende huahua XD Lepastu bukak whatsapp ramai duk update kat status whatsapp dapat form 6. Shaa ni dah la tak tahu mende. Lepastu kawan chat cakap suruh check kat google je. Petang sikit tu baru la terhegeh2 nak ambik laptop nak check kot kot nama ada dalam senarai. Lepas dah masukkan no ic tengok ehhhh! Nama Shaa ada la kat situ. Alhamdulillah tersenarai :) Tapi yang buat mood tercampak kat lautan hindi is dapat kos sains pure. Ahh sudah! Kau kenapa ni Shaa. Cemana nama kau boleh terselit kat kos sains pure pulak ni? Aihh. Tanya la kengkawan yang dapat form 6 tu dapat kos ape kat mana semua. Semua kawan2 dapat sains sosial. Lagila mood dah tercampak dekat atlantis. "YaAllah takkan dalam banyak2 aku sorang je ni?" Dah risau. Bukan apa. Tak yakin langsung la nak ambik sains form 6. Kalau kos lain boleh lagi. Ni sains. Dalam hati cakap matilanak x.x Nak taknak pasrah jela gi daftar 2/5/2018 ni. Nak tukar kos jugak tak kira. Aje gile Shaa nak bawak sains pure. Pengsann~~ Tak puas lagi cuti T^T Padahal dah mereput kat rumah hoho. Nak cuti lagi pliss haha XD Keputusan matrik baru keluar haritu kan? Sesiapa yang dapat matrik tu tahniah!! Belajar sungguh2 hehe :D Kengkawan pun ramai jugak yang dapat matrik. Semua dekat KMJ (Kolej Matrikulasi Johor) hehe. Tahniah tahniah! Tak kesah la nak sambung belajar kat mana sekali pun, sambung apa sekali pun, diploma ke, matrik ke, form 6 ke, politeknik ke, ikbn ke semua satu tujuan juga iaitu untuk belajar dapat ilmu. Jadi, belajar sungguh2, rajin2, banggakan mak ayah. And paling penting sekali niat! niat tu kena betul! Jangan belajar untuk dapat kerja yang bagus2. Salah tu. Belajar sebab itu satu kewajipan agama. Niatkan untuk peroleh ilmu, ikhlas dengan belajar, inshaa Allah ilmu senang nak masuk :) Sebab sekarang ni orang dah lain persepsi. Asal sambung belajar je sebab nak keje bagus2. No no big no. Tapi untuk dapatkan kerja bagus itu kena lah belajar. Dan ada jugak yang mengatakan tak payah sambung belajar sebab kalau belajar tinggi2 pun tak dapat kerja. Hal ini disebabkan di negara kita dah terlalu banyak menghasilkan lepasan mahasiswa dan masih belum ada rezeki untuk bekerja. Itu sebab ada persepsi macam ni. Wohooo! Belajar itu suatu kewajipan. Sebab tu kita boleh bezakan orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu. Yang berilmu ni tak kira la dia memang talented ke kurang pandai ke yang penting dia ada secebis ilmu dan nak belajar. Walau dia kaya macam mana pun if takde ilmu? pikirin la sendiri. Okay Shaa buatkan gambaran. Bayangkan jongkang jongket. Ada dua orang naik jongkang jongket tu. Yang sorang pegang buku, yang sorang lagi pegang duit. You know what? Yang pegang buku tu kat bawah, yang pegang duit tu kat atas. Tandanya apa? tandanya yang berilmu itu berat. Maksudnya yang berilmu itu gain something yang tak ternilai oleh duit ;) So apa2 pun goodluck everybody! Apa pun pilihan selepas SPM ni, pilihla yang terbaik dan pastikan sambung belajar okay? Comment la korang dapat sambung mana. Jangan malu2 hehe. Untuk memastikan yang Shaa tak syok sendiri, sila tinggalkan comment ya? hehe ^^
8 ulasan
Ehh, kita dapat form 6 jugak hahaha. Good luck ye :)
BalasPadamWahh sama! hehe. Goodluck jugak :)
PadamWahhh tahniah! Selamat belajar...kumpul pengalaman banyak-banyak. Tetapi kena struggle juga la yaaaa...! bestnyaaa bittaufiq wannajah!
BalasPadamTerima kasih :) Tulaa memang kena struggle >.< huhuhu
Padamberat tu pure science! Goodluck sha :D
BalasPadamKann T.T Nak tukar kos T.T Thankyou btw! :)
Padami didn't get form6 tapi dapat matriks but still ragu-2 nak tunggu upu or not :(
BalasPadamKalau dapat matrik memang tak dapat f6 selalunya. Dapat berapa tahun? Kalau 2 tahun stay jela. Ada banyak masa. Pilihla yang terbaik hehe :)
Padam