Ungkitan menjadi penyebab

Mac 27, 2018

Related image

السلام عليكم


Shaa nak cerita tentang satu kisah benar yang terjadi pada seseorang. Kisah percintaan yang tidak kesampaian. 

Kisahnya bermula...

Seorang perempuan berusia 14 tahun berpindah sekolah daripada sekolah asrama ke sekolah harian kerana masalah peribadi. Tidak selesa dengan perangai rakan-rakannya di asrama membuatkannya bertekad untuk berpindah di sekolah harian. Perempuan yang berusia 14 tahun itu bernama Alia (bukan nama sebenar). Saat pertama kali Alia menjejakkan kaki di sekolah itu untuk menguruskan proses pemindahan sekolah, seorang lelaki bernama Hairul (bukan nama sebenar) terpana melihat Alia yang elok rupanya. Setelah beberapa minggu Alia berada di sekolah itu, Hairul yang merupakan pelajar tingkatan 5 berjawatan pengawas mula menunjukkan minatnya terhadap Alia. Hairul memberanikan diri meluahkan perasaannya terhadap Alia. Namun, Alia tidak menjawab. Membiarkan soalan itu tergantung begitu sahaja. Dalam pada Hairul memerhatikan si Alia, rupa-rupanya rakan sekelasnya turut ada hati kepada Alia. Rakan sekelas Hairul yang bernama Danial (bukan nama sebenar) dalam diam memerhatikan Alia. Danial juga telah meluahkan perasaannya terhadap Alia. Keadaan ini menjadi lebih rumit kerana terikat dengan percintaan tiga segi. Alia masih tertanya-tanya mengapa harus dua orang insan muncul dalam hatinya pada masa yang sama? Alia masih tidak mendapat jawapan yang tepat antara Hairul ataupun Danial yang akan dipilih. Setelah melihat usaha yang penuh kesungguhan oleh Hairul, Alia menerima Hairul bertempat dihatinya. Namun begitu, suara hati Alia masih berbisik adakah benar pilihan yang dibuat? Alia didalam dilema adakah dia memilih Hairul dengan seikhlas hati ataupun kerana kasihan kepada Hairul. Ini adalah pengalaman pertamanya bercinta. Setelah beberapa minggu berlalu, Alia masih berhubung dengan Danial sebagai kawan. Hanya menanyakan khabar dan hal sekolah. Namun Hairul yang mendengar khabar berita tentang Alia curang kepadanya terus memarahi Alia tanpa usul periksa. Dan berlaku pertengkaran diantara Hairul dan Danial. Semenjak itu, Danial tidak lagi menghubungi Alia. Alia yang berasa serba salah dengan tindakan Hairul kepada Danial, memohon maaf kepada Danial menerusi mesej pesanan ringkas. Hairul yang berasa sangat marah terus menuduh Alia yang bersalah dan memilihnya hanya sekadar rasa kasihan. Alia seorang perempuan yang islamik, bertudung labuh. Seringkali Hairul menyalahkan Alia yang berpakaian bertutup labuh tetapi perangai tidak menunjukkan yang sepatutnya. Alia sungguh marah dengan hinaan itu kerana tidak perlu menyalahkan pakaian kerana itu salah dirinya. Pakaian tidak ada kaitan kerana itu tuntutan agama yang wajib dilaksanakan. Yang salah diri Alia sendiri. Jadi salahkan dirinya bukan pakaian. Selepas beberapa bulan, Hairul dan Alia masih bersama dan memaafkan kesalahan masing-masing. Setelah Hairul tamat sekolah menengah, Hairul adakala berjumpa dengan Alia yang ditemani kawannya untuk memberikan hadiah seperti surat, kek, coklat ataupun aiskrim.
Disebabkan kesalahan Alia memuat naik gambarnya di laman sosial, Hairul terus menggelarkannya penipu. Penipu kerana Alia pernah berkata tidak suka untuk menyiarkan gambarnya kepada orang awam. Tetapi gambar yang disiarkan itu tidak memaparkan mukanya. Ditutup dengan tangannya sedikit. Dan Alia mengaku salahnya. Masih lagi dalam situasi yang tegang. Hairul tidak mahu kalah dengan hanya menyalahkan Alia. Walau beribu kali Alia memohon maaf dia akan memaafkan tetapi tahunya mengungkit sahaja. Itu menunjukkan ketidakikhlasannya menerima maaf Alia. Hairul boleh mengungkit saat pertama kali dia berjumpa Alia sampai ke akhir kesalahannya. Hairul seringkali mengungkit bahawa Alia seorang perempuan yang jahat, seorang penipu, dan memilihnya sekadar rasa kasihan. Keadaan bertambah buruk apabila Hairul mengungkit Alia tidak jujur padanya. Dan akhirnya mereka berpisah hanya kerana ungkitan Hairul yang keterlaluan dan tahu mengongkong Alia sahaja. Walaupun Alia masih mengambil masa untuk teruskan kehidupan seterusnya tanpa Hairul, Alia tetap kuat menempuh dugaan ini. Perhubungan ini amat memberi kesan yang dalam di hati Alia. Alia sudah serik untuk bercinta lagi. Ia menjadikan Alia takut dengan perkenalan dan memerlukan masa untuk menjadi lebih kuat.


Okey gais. Itu sahaja kisah harini. Nampak tragik sangat kan? Begitulah kisahnya. Lain kali kalau sudah memaafkan seseorang tidak perlulah kita mengungkitnya lagi. Yang sudah lepas biarkan lepas. Manusia boleh berubah. Jangan pandang masa silamnya kerana itu tidak berguna lagi. Apa yang kita lihat adalah dia yang sekarang. Harap entri kalini dapat membuka mata yang membaca dan dapat pengajaran daripada kisah ini :)

You Might Also Like

3 ulasan

  1. sebenarnya shu pun tak gemar ungkit mengungkit ni. hukhuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulaa kan? Ungkit ni memang tak bagus. Boleh bawak gaduh >_<

      Padam
  2. 2 orang lelaki suka dalam satu masa. Then satu kelas pula. mmm... susah nak handle kalau lelaki yg mgkn kuat penjelous ,girl. Maybe bf alia tu tau yg kawan dia suka alia. so bila da si alia berpartner dgn hairul, patutnya kena hati2 bergaul dengan lelaki lain apalagi dengan org yang pernah suka alia. mgkn itulah punca berlaku tragik~

    BalasPadam

Instagram