Teman lelaki?

Mac 26, 2018

Related image
sumber pinterest


السلام عليكم


Haaa? Terkejut? Teman lelaki? Cerita merepek ape lagi yang Shaa nak cerita ni agaknya ye? Bertenang semua. Bawak bertendang. Ehh hahaha XD Harap budak tu tak baca blog aku. Hehe

Kisahnya bermula....
Suatu hari, ada seorang hamba Allah ni kirim salam dekat seorang perempuan yang dia sendiri tidak kenal. Hanya tahu daripada potret yang dilihatnya di paparan skrin komputer. Dia mengirimkan salam itu kepada adik perempuan yang dia tidak kenal itu. Hamba Allah itu belajar di sekolah yang sama seperti adik perempuan itu bersekolah. Adik perempuan itu bernama Farah (bukan nama sebenar). Hamba Allah ini bernama Hazwan (bukan nama sebenar). Dan perempuan itu bernama Hana (bukan nama sebenar). Seringkali Hazwan mengirim salam kepada Hana melalui media sosial Farah. Hana hanya menjawab salam itu tanpa ada perasaan ingin tahu siapakah gerangan lelaki yang mengirim salam itu. Lama kelamaan hati Hana tertanya-tanya siapakah gerangan yang sering kali mengirim salam itu. Lalu ditanya kepada Farah siapa yang mengirim salam itu. Lantas Farah menjawab "rakan sekolah aku. Umurnya atas kau sahaja. Mahu lihat gambarnya?" Hana mengiyakan sahaja. Lama kelamaan, Hana mula ada hati kepada Hazwan. Dia memendam perasaan itu sekian lama. Tanpa sedar Hazwan dan Hana berhubung melalui aplikasi Whatsapp. Farah pernah menceritakan bagaimana Hazwan mengenali Hana. Suatu hari, Hazwan dan rakan kelas pergi ke makmal komputer untuk kelas ICT. Farah akan menyimpan gambar keluarga untuk tujuan menyiarkan di laman sosialnya. Kebiasaannya, Farah akan memadam gambar-gambar tersebut apabila selesai menggunakannya. Tetapi pada hari itu, Farah terlupa untuk memadam gambar-gambar itu. Hazwan terbuka fail gambar yang disimpan oleh Farah. Dan terlihat gambar Farah bersama Hana, kakaknya. Pada masa itu lah Hazwan mengenali Hana. Hana yang terlebih dahulu meluahkan perasaannya terhadap Hazwan. Namun Hazwan hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab iya ataupun tidak. Hal ini membuatkan Hana berasa kecewa dalam pada masa yang sama mengharapkan harapan tinggi yang ternyata palsu. Akhirnya setelah masing-masing tamat sekolah menengah, Hana menguatkan hatinya semula untuk meluahkan perasaannya sekali lagi kepada Hazwan. Dan ternyata Hazwan mempunyai perasaan yang sama seperti Hana! Namun begitu, Hazwan dan Hana masing-masing enggan menjalinkan hubungan yang istimewa yang dipanggil "couple". Mereka lebih selesa bergelar kawan tetapi mempunyai perasaan yang sama. 


Okey guys sampai situ je cerita kalini. Hehehehe. Maafin dong, Shaa serious takde bakat langsung dalam menulis ni. Failed terukkk! Harap tak pening kepala la korang baca ni. Sape2 budak sastera tu maaf yaa. Ayat ku tunggang langgang ya ampunnn. XD

You Might Also Like

4 ulasan

  1. macam true story jaa..BTW story ni memang comel! ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe. Memang true story act XD Thankyou so much ^^

      Padam
  2. twinkle twinkle twinkle twinkle little Aloq setan,

    BalasPadam

Instagram