Amalan Buat Muslimah Yang Haid Pada Bulan Ramadhan

Jun 13, 2016


Assalamualaikum kepada semua pembaca. Harini agak free untuk menulis blog sebab tak ada homework :P Huhu. So, harini nak share sikit ilmu dekat korang semua. Selepas dengar sedikit pencerahan daripada Cikgu Anissa, rasa macam nak share je perkara baik ni. Apa salahnya kan? Kali ni mungkin Shaa akan menulis blog yang agak panjang untuk berkongsi tentang Amalan buat muslimah yang haid pada bulan Ramadhan.

Bagi wanita yang kedatangan haid pada bulan Ramadhan, jangan risau. Kita masih berpeluang untuk merebut pahala di bulan yang penuh berkat ini. Jadi apakah amalan yang boleh meningkatkan pahala kita semasa haid?

Bagi wanita yang haid selalunya tak tahu nak buat apa kan? mesti bosan je. So untuk kita meningkatkan pahala kita boleh membaca atau mendengar ayat al-Quran tanpa memegang mushaf al-Quran. Alangkan membaca satu huruf ayat al-Quran di bulan biasa Allah menggandakan 10 kali ganda pahala, apatah lagi di bulan Ramadhan. Tapi cikgu tak galakkan sangat untuk kita membaca ayat al-Quran kerana ada syaratnya juga untuk membaca.

Selain itu, kita boleh juga membaca hadith-hadith Nabi. Daripada kita duk terperap dalam bilik, buat benda yang sia-sia lebih baik kita meningkatkan amalan kita kan? Mana tahu ini Ramadhan yang terakhir untuk kita. Siapa tahu kan? Bulan syaitan diikat ni lah kita kena rebut peluang. Bak kata cikgu Anissa, kalau sudah tiada syaitan sepatutnya kita menjadi sebaik-baik umat. Jadi marilah kita rebut peluang ini!

Seterusnya, kita juga boleh berzikir seperti tasbih, tahmid, tahlil dan sebagainya. Perkara ini sememangnya mudah untuk dilakukan. Sedang kita membuat kerja rumah, kerja sekolah atau sebagainya, kita boleh sertakan dengan berzikir. Kalau bukak laptop tu boleh lah open youtube dan search surah-surah atau zikrullah. Kadang-kadang kita ni bukak youtube terus dengar lagu yang boleh melaghakan hati kita. Shaa tak cakap sape2. Shaa pun macam tu jugak. Cukup-cukup lah kita melaghakan diri kita pada bulan lain. Pada bulan mulia ni cuba-cuba lah bukak perkara yang boleh meningkatkan iman kita :)

Kita juga boleh berdoa kepada Allah. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah tak pernah sisihkan hambaNya walaupun dalam keadaan haid. Doa kita tetap diangkat. In Shaa Allah. Jadi rajin-rajinkan diri kita untuk berdoa kepada Allah. Dan yang paling penting jangan pernah putus asa berdoa kepada Allah. Kadang-kadang Allah sahaja tak mahu memberikan apa yang kita minta kerana Allah mahu mendengar hambaNya merintih kepadaNya. Yakinlah ada hikmahnya. Bersangka baiklah dengan Allah kerana Allah itu Maha Adil :)

Kita juga perlulah menjaga lidah daripada dosa. Memang tidak dinafikan wanita mempunyai lidah yang tajam. Lidah lagi tajam daripada mata pedang. Apabila kita banyak bercakap tandanya banyak dosa. Kerana pasti dalam bercakap akan berkatakan tentang orang. Walaupun perkara baik yang kita cerita, tetapi jika orang itu tidak menyukainya maka itu dikira mengumpat. Sebagai contoh, orang itu suka sangat bersedekah tetapi dia tidak suka dihebohkan perkara baik yang dilakukannya. Jika ada orang berkata tentang kebaikannya, maka itulah mengumpat. Maka jagalah lidah kita daripada berbuat dosa. Diam itu lebih baik :)

selain itu, kita juga boleh membaca buku-buku agama. Dalam masa kita bosan-bosan tu, bolehlah baca buku agama sebagai contoh, Henshin, Tarbiah sentap dan sebagainya. Ada banyak lagi buku-buku agama yang bagus-bagus. Apabila kita membaca, kita dapat memperoleh ilmu pengetahuan agama dan boleh berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain. Apabila kita berkongsi dengan orang ramai, dan orang itu mengamalkannya, kita turut mendapat pahala kerana telah berkongsi ilmu bersamanya. Oleh itu, amalan berkongsi patut diterapkan bagi meningkatkan lagi ilmu.

Kita juga boleh berselawat ke atas Nabi. Perkara ini teramat mudah. Dalam masa kita berjalan nak pergi ke sekolah, bazaar atau sebagainya apa salahnya kita berselawat ke atas Nabi. Antara kelebihan berselawat ke atas Nabi ialah Nabi akan memberi syafaat di Akhirat. Jadi rebutlah peluang yang ada. :)

Seterusnya, kita juga boleh menulis di emel, blog, laman sosial untuk mengajak manusia kembali beragama. Jadi perkara inilah yang Shaa sedang lakukan. Apa salahnya untuk berkongsi perkara baik kepada semua orang supaya semua orang tahu yang wanita haid juga ada amalan yang boleh dilakukan. Jadi kita boleh sama-sama berkongsi perkara yang baik ini kepada semua orang. :)

Perkara ini tersangatlah mudah iaitu sediakan juadah bersahur dan berbuka puasa walaupun kita tidak berpuasa. Pahala menyediakan juadah bersahur dan berbuka puasa adalah sangat besar. Jadi kita haruslah melakukannya dengan seikhlas hati. Jangan pulak rasa marah kena bangun pagi-pagi untuk masakkan makanan sahur mak dan keluarga. Huhu. 

Akhir sekali ialah sebar luas ucapan salam. Tidak kira kita dimana sahaja kita haruslah memberi salam. Jika kita memberi salam kepada orang lain, kita telah mendoakan mereka dan dalam masa yang sama orang mendoakan kita. Jadi amalan kita akan meningkat. Jika kita di sekolah berilah salam kepada guru, rakan malah makcik, pakcik tukang kebun pun kita perlulah memberi salam. Agar terjaga keberkatan di bulan mulia  ini. :)

Semua amalan-amalan di atas mempunyai nilai ganjaran pahala di sisi Allah Ta'ala, In Shaa Allah :) Rebutlah keberkatan Ramadhan dengan mengisinya dengan amalan-amalan soleh. Walaupun kita haid, tidak boleh solat dan berpuasa, namun peluang beribadah tetap ada. :)

Sekian sahaja daripada Shaa. Terima kasih kerana membaca. :)

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Terima kasihhhh atas perkongsiannya ye! InsyaAllah, sangat bermanfaat ni. ;)

    BalasPadam
  2. Nice! Insyaallah perbanyakkan berzikir bertahmid n berdoa :)

    BalasPadam

Instagram